Saturday, 24 November 2012

Apabila kita tidur, syaitan akan mengikat kita dengan tiga ikatan. Sebab tu, ada sesetengah orang selalu bangun pagi dngn MOOD yang buruk. 3 ikatan ini hanya dpt dilepaskan dengn....   >>>

  • Ucapkn ALHAMDULILLAH ( doa bngn tidur hingga akhir)
  • berWUDUK
  • menunaikan  SOLAT


*tazkirah Ayah*

Saturday, 10 November 2012

Hidup itu Anugerah Allah

Kita dilahirkan. Menguak jendela dunia dengan pandangan kita. Kita membesar, daripada bayi yang tidak tahu apa-apa, sehingga menjadi pelajar yang berjaya, Kemudian menjadi seorang yang bekerjaya. Selepas itu, kita memasuki gerbang perkahwinan menjadi suami atau isteri.Kemudian kita menjadi ibu kepada anak-anak kita dan hidup ikita selepas itu akan terus berjala, sehinggalah tiba saat hari kita mati.


  Kalaulah kita duduk-duduk sebentar, menagmbil masa beberapa saat untuk berfikir, tidakkah kita merasakan kehidupan yang Allah berikan kepda kita ini merupakan satu anugerah? Maksudnya, kehidupan yang Allah beri kepada kita ini ialah hadiah Dia kepada kita. Saya tak rasa ada di kalangan kita yang meminta untuk dilahirkan. Tetapi Allah dengan penuh kasih sayang meghidupkan kita, kemudian memberikan kita peluang untuk membesar dan hdup di atas muka bumi-Nya ini. Di Samping itu, Allah memberikan kita anugerah pancaindera, perasaan untuk merasai pelbagai kegembiraan, mencium pelbagai kepahitan, dan menghadiahkan kita kebolehan untuk berinteraksi dengan makhluk lain. 


  
   Allah menjadikan kita sebagai manusia, bukan sebagai makhluk lain, itu sahaja sudah merupakan satu hadiah yang besar terhadap diri kita . Percaya? Mari kita teliti sama-sama firman Allah SWT yang bermaksud:

"SESUNGGUHNYA KAMI CIPTAKAN INSAN ITU DENGAN SEBAIK-BAIK PENCIPTAAN" (AT-TIN:4)

   Sebaik-baik penciptaan? Sebaik-baik bermakna tiada makhluk ang lebih baik daripada penciptaan manusia. Kita dijadikan sebagai manusia. bukankah itu sudah menjadi satu hadiah?


   Bayangkan kalau Allah jadikan kita sebagai batu, rasa-rasanya apakah yang akan kita lakukan? atau hayat kita ini kita diciptakan sebagai ayam yang menunggu masa untuk disembelih? apakah ysng akan kita rasa?


   Namun, tidak ramai yang mahu befikir sejauh itu untuk merasakan kehidupan ini satu anugerah. Mereka tidak berfikir yang kehidupan ini merupakan satu hadiah. Akhirnya rmai yang menamatkan riwayat hidup mereka yang amat berharga itu dengan perkara yang amat sia-sia dan meletakkan diri mereka ke lembah kehinaan seperti membunuh diri. Sedangkan kehidupan ini hakikatnya pelu kita hargai kerana ia suatu hadiah, bukan untuk kita lempar jauh-jauh begitu sahaja.


Semoga ada hikmah Allah yang tersembunyi di dalamnya untuk kita.
Salamun Alaik .