Internet hanya makhluk, sesuatu yang dicipta. Allah adalah khalik yang bermaksud pencipta. tidak dinafikan, internet dan alat-alat yang berkaitan dengannya seperi diod, transistor, kapasitor, cip, modem, dan lain-lain adalah ciptaan hebat. Ia berkembang dengan drastik. cukup pantas. berubah daripada sebesar rumah kepada bersaiz telapak tangan.
Telefon bimbit pula dapat mengakses internet secara tanpa wayar. Diramalkan Kuala Lumpur akan menjadi kota raya tanpa wayar. Saiz dunia umpama sebesar kampung (global village). Dunia juga bagaikan rata. bukan lagi berbentuk sfera. Jika Flinston hidup pada zaman ini, tentu dia terpegun dengan kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi ini.
Nmun begitu, manusia sering terpegun dan terpukau dengan ciptaan manusia, melebihi rasa terpegun dan kagum kepada maha pencipta. Tuhan semesta alam. Ramai orang kagum dengan bangunan pencakar langit, namun kurang kagum dengan pencipta langit. Ramai orang kagum dengan kolam renang dalam taman. Namun, kurang kagum dengan pencipta air yang memenuhi kolam berkenaan dan Tuhan yang menghidupkan tumbuhan di dalam taman.
Selain itu, manusia juga sering terpegun kepada perkara yang tidak pernah dilihat. Kemudian, mudah pula berasa jemu. Pelancong dari kawasan Khatulistiwa yang pertama kali melihat banjaran gunung diliputi salji tentu berasa kagum. Namun rasa kagum semakin meluntur selepas beberapa kali menyaksikannya.
Pengunjung zoo mudah terpegun dengan pengguin, harimau bintang, dan beruang panda yang tidak pernah dilihat seumur hidup. Namun, tidak hairan melihat ayam di zoo kerana terdapat puluhan ayam di belakang rumahnya. Bukankah ayam itu hebat kejadian dan ciptaanya? Pemelihara ayam tidak mampu memanjangkan bulunya, menambahkan dagingnya, membolehkannya bertelur dan lain-lain.
Begitu juga dengan diri kita, ciptaan makhluk terhebat di planet bumi. Begitu juga dengan internet yang menyimpan 1001 tanda kebesaran Tuhan. Siapakah pencipta elektron dalam arus elektrik apabila suis dibuka dan elektron yang membantu menghantar data? Sudah tentu Allah S.W.T . Subhanallah....
Allah yang mengizinkan kita mengakses internet. Allah juga yang mencipta manusia manusia yang mencipta internet. Oleh itu, apabila timbul rasa kagum kepada sebarang pertemuan, reka cipta dan inovasi, ucapkan Masya-Allah yang membawa maksud Allah yang mengizinkan atau Allah yang menganugerahkan. Ia adalah antara perkara yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Selain kita mudah berasa kagum pada teknologi yang sofisikated, manusia juga mudah kagum dengan kehebatan manusia daripada segi kekayaan dan kecantikan. Bukankah Firaun dahulunya berkuasa dan tampan bergaya? tetapi akhirnya mati dalam keadaan hina. Kekayaan dan kecantikan hanya bersifat sementara.
Kecantikan manusia lenyap dalam masa beberapa hari selepas dikuburkan. Hanya tinggal tengkorak dan tulang belulang. Dalam hadis yang direkodkan oleh Tarmizi dan Muslim, Nabi bersabda, "SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMANDANG KEPADA JASAD DAN RUPA BENTUK KAMU, TETAPI DIA MEMANDANG KEPADA HATI KAMU" . Sudah pasti internet, pereka cipta dan penggunanya adalah makhluk, manakal Allah iaitu pencipta (khalik) kekal sampai bila-bila.
Thursday, 25 October 2012
Sunday, 21 October 2012
Subhanallah!!
Senyuman itu dilemparkan seikhlas mungkin. Dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Subhanallah! Cantiknya wanita yang tertutup itu. Walaupun hanya isyarat mata sahaja yang menandakan bahawa dia tersenyum, tapi ianya seakan memberikan ketenangan yang amat sangat. Sehelai purdah yang menutup wajahnya menyatakan bahawa dia seorang muslimah sejati. Ketakwaan yang sudah terbukti. Sosok itu cukup mengagumkan.
Dia tidak bergaya. Tidak berfesyen segala. Tapi, dia jelas kelihatan cantik walaupun dalam busana jubah dan jilbab. Kenapa dia kelihatan cantik sedangkan wajahnya tertutup dan bentuk badannya juga langsung tidak kelihatan?
Kerana waktu itu kita tidak memandang kecantikan luaran sebagai ukuran tetapi kita melihat peribadi seorang muslimah Islam. Walaupun masih beribu berjuta wanita yang cantik dengan Loreal, Maybelline, Bobby Brown dan sebagainya tapi yang cantik akhlak itu tidak berjuta. Boleh jadi satu dalam seribu.
Ini, dunia akhir zaman. Ini, dunia yang penuh dengan kepura-puraan. Jadi, mana lagi dapat dilihat wanita seperti itu? Wanita yag menjunjung perintah Tuhan dengan rasa penuh tawaduk tanpa menunggu 'keikhlasan' datang untuk berubah. Sebab berubah itu tidak menunggu ikhlas. Ianya antara mahu atau tidak.
Sungguh, tiada lagi kata-kata yang dapat menggambarkan peribadi seorang wanita solehah itu.
Sabda Rasulullah: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim)
Subhanallah! Sedangkan Rasulullah sendiri bersabda sedemikian, apatah lagi manusia yang memandang? Betullah, kecantikan yang sebenar itu terlihat pada tutur kata yang berhikmah, akhlak yang indah, iman yang tidak goyah dan batas pergaulan yang dijaga rapi.
Ya Allah, dekatkanlah hati-hati kami supaya kami juga termasuk dalam golongan wanita seperti ini. Sesungguhnya tiada impian setinggi ini. Impian untuk menjadi wanita yang sentiasa dirahmati Allah. Insya-Allah.
Subscribe to:
Comments (Atom)



