Internet hanya makhluk, sesuatu yang dicipta. Allah adalah khalik yang bermaksud pencipta. tidak dinafikan, internet dan alat-alat yang berkaitan dengannya seperi diod, transistor, kapasitor, cip, modem, dan lain-lain adalah ciptaan hebat. Ia berkembang dengan drastik. cukup pantas. berubah daripada sebesar rumah kepada bersaiz telapak tangan.
Telefon bimbit pula dapat mengakses internet secara tanpa wayar. Diramalkan Kuala Lumpur akan menjadi kota raya tanpa wayar. Saiz dunia umpama sebesar kampung (
global village). Dunia juga bagaikan rata. bukan lagi berbentuk sfera. Jika Flinston hidup pada zaman ini, tentu dia terpegun dengan kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi ini.
Nmun begitu, manusia sering terpegun dan terpukau dengan ciptaan manusia, melebihi rasa terpegun dan kagum kepada maha pencipta. Tuhan semesta alam. Ramai orang kagum dengan bangunan pencakar langit, namun kurang kagum dengan pencipta langit. Ramai orang kagum dengan kolam renang dalam taman. Namun, kurang kagum dengan pencipta air yang memenuhi kolam berkenaan dan Tuhan yang menghidupkan tumbuhan di dalam taman.
Selain itu, manusia juga sering terpegun kepada perkara yang tidak pernah dilihat. Kemudian, mudah pula berasa jemu. Pelancong dari kawasan Khatulistiwa yang pertama kali melihat banjaran gunung diliputi salji tentu berasa kagum. Namun rasa kagum semakin meluntur selepas beberapa kali menyaksikannya.
Pengunjung zoo mudah terpegun dengan pengguin, harimau bintang, dan beruang panda yang tidak pernah dilihat seumur hidup. Namun, tidak hairan melihat ayam di zoo kerana terdapat puluhan ayam di belakang rumahnya. Bukankah ayam itu hebat kejadian dan ciptaanya? Pemelihara ayam tidak mampu memanjangkan bulunya, menambahkan dagingnya, membolehkannya bertelur dan lain-lain.
Begitu juga dengan diri kita, ciptaan makhluk terhebat di planet bumi. Begitu juga dengan internet yang menyimpan 1001 tanda kebesaran Tuhan. Siapakah pencipta elektron dalam arus elektrik apabila suis dibuka dan elektron yang membantu menghantar data? Sudah tentu Allah S.W.T . Subhanallah....
Allah yang mengizinkan kita mengakses internet. Allah juga yang mencipta manusia manusia yang mencipta internet. Oleh itu, apabila timbul rasa kagum kepada sebarang pertemuan, reka cipta dan inovasi, ucapkan
Masya-Allah yang membawa maksud Allah yang mengizinkan atau Allah yang menganugerahkan. Ia adalah antara perkara yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Selain kita mudah berasa kagum pada teknologi yang sofisikated, manusia juga mudah kagum dengan kehebatan manusia daripada segi kekayaan dan kecantikan. Bukankah Firaun dahulunya berkuasa dan tampan bergaya? tetapi akhirnya mati dalam keadaan hina. Kekayaan dan kecantikan hanya bersifat sementara.
Kecantikan manusia lenyap dalam masa beberapa hari selepas dikuburkan. Hanya tinggal tengkorak dan tulang belulang. Dalam hadis yang direkodkan oleh Tarmizi dan Muslim, Nabi bersabda, "SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMANDANG KEPADA JASAD DAN RUPA BENTUK KAMU, TETAPI DIA MEMANDANG KEPADA HATI KAMU" . Sudah pasti internet, pereka cipta dan penggunanya adalah makhluk, manakal Allah iaitu pencipta (khalik) kekal sampai bila-bila.